"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

Sunday, 8 June 2014

contoh text MC

SKRIP MC AWAKAS JUN 2013

MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA
EN. ZAINUDDIN BIN JAAFAR,
KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLIMAS.
DIIRINGI YANG BERUSAHA,
EN. NS RAHIM MUDA BIN MEH,
PEGAWAI KEBAJIKAN DAN DISIPLIN POLIMAS.
PENYELARAS PROGRAM, YANG DI-PERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR, SERTA BARISAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR POLIMAS DIJEMPUT MASUK KE DALAM DEWAN…


BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..ALHAMDULILLAH...

ASSALAMUALAIKUM…SALAM SEJAHTERA...SALAM KEILMUAN DAN SALAM PENUH KEMESRAAN..

ALHAMDULILLAH.. DENGAN RAHMAT DAN KURNIA  ALLAH YANG MAHA AGONG TUHAN SEKALIAN ALAM, LANGIT DAN BUMI YANG MEMBERIKAN KITA SETIAP NAFAS DAN NYAWA, DAPAT LAGI KITA, SEBAGAI MUSLIMIN MUSLIMAT, HADIRIN DAN HADIRAT BERTEMU DAN BERSAMA-SAMA DALAM SATU MAJLIS IAITU MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA WAKIL KELAS DAN KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR SERTA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR. 8 JULAI 2013 BERSAMAAN 29 SYAABAN 1434H. SELAWAT DAN SALAM KEPADA JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W PENGHULU SEGALA NABI.





YANG BERBAHAGIA,
KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR, POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH.
YANG BERUSAHA,
PEGAWAI KEBAJIKAN DAN DISIPLIN POLIMAS,
PEGAWAI 2 KANAN, PENYELARAS PROGRAM
BARISAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR POLIMAS
DAN SETERUSNYA MUSLIMIN MUSLIMAT HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIKASIHI SEKALIAN.

PARA HADIRIN SEKALIAN,

DEMI  MEMBERKATI  MAJLIS KITA,
MARILAH KITA SEMUA,
SELAKU INSAN KERDIL SIFAT DAN UPAYA,
DENGAN SANUBARI YANG BERSIH, MINDA YANG JERNIH,
MENGHIMPUNKAN SEGALA HARAPAN DAN HASRAT,
DENGAN BAIT-BAIT DOA SERTA  MUNAJAT.
UNTUK ITU, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN..
SAUDARA SYED MUHAMAD NURSYAHMI BIN SYED MOHD BASRI
TAMPIL SEKETIKA UNTUK MEMIMPIN PEMBACAAN DOA PEMBUKA MAJLIS PADA MALAM  INI.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.


AAMIN, YA ROBBAL ’AALAMIINN..
SEMOGA PERTEMUAN KITA PADA MALAM INI DIPELIHARA,
DILIMPAHKAN SEPENUH MANFAAT DAN KECERIAAN,
MENAMBAH TAUTAN KEMESRAAN,
SERTA, BERPISAHNYA KITA NANTI AKAN DIIRINGI DENGAN JUTAAN KETENANGAN.
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA    SYED MUHAMAD NURSYAHMI BIN SYED MOHD BASRI
ATAS PIMPINAN DOA SEBENTAR TADI

HADIRIN HADIRAT SEKALIAN,

DENGAN INI SAYA MENJEMPUT,
SAUDARA MUHAMAD HAFIZ BIN NOR SELAKU YANG DI-PERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPANNYA.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH, JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA DIUCAPKAN KEPADA
SAUDARA MUHAMAD HAFIZ BIN NOR DIATAS UCAPAN BELIAU SEBENTAR TADI



TANPA MELENGAHKAN MASA LAGI SAYA MENJEMPUT
EN. ZAINUDDIN BIN JAAFAR SELAKU KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR  UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALUAN UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPTAMA DAN SETERUSNYA MENYEMPURNAKAN MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA WAKIL KELAS DAN KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR SERTA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH, JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA DIUCAPKAN KEPADA
EN. ZAINUDDIN BIN JAAFAR  DIATAS UCAPAN BELIAU SEBENTAR TADI.

                                                                                                                                                           
.
ORANG  MEMBERI KITA MERASA
ORANG  BERBUDI KITA BERBAHASA

SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN YANG TIDAK TERHINGGA, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT

YANG DIHORMATI
SAUDARA MUHAMAD HAFIZ BIN NOR
YANG DI-PERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

BAGI MEMPERSILAKAN
YANG BERUSAHA
EN.  NS RAHIM  MUDA BIN MEH
PEGAWAI KEBAJIKAN DAN DISIPLIN POLIMAS

UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA

YANG BERBAHAGIA
EN. ZAINUDDIN BIN JAAFAR
KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR, POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

DIATAS KESUDIAN BELIAU MENYAMPAIKAN UCAPTAMA DAN SETERUSNYA MENYEMPURNAKAN MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA WAKIL KELAS DAN KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR SERTA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR





JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA
YANG BERBAHAGIA KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR, POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH.
PEGAWAI KEBAJIKAN DAN DISIPLIN POLIMAS,
PEGAWAI2 KANAN
PENYELARAS PROGRAM, BARISAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR DIATAS KESUDIAN MENGHADIRI MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA WAKIL KELAS DAN KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR SERTA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR.

SEBAGAI SELINGAN WADAH...

SEDARLAH SEMAKIN DEKAT BAHTERA DIRI KEPADA ALLAH,
SEMAKIN KUAT RIBUT TAUFAN MELANDA,
BIAR REBAH JANGAN BERUBAH,
BIAR TERBUANG TERUSKAN BERJUANG,
 SENYUM MUJAHID MEMBURU SYAHID...

SEGALA YANG BAIK ITU DATANG DARIPADA ALLAH S.W.T DAN YANG KURANG ITU DATANGNYA DARIPADA KELEMAHAN DIRI SAYA SENDIRI. NAMUN HAKIKAT  KEDUA-DUANYA DATANG DARIPADA ALLAH S.W.T.

KITA TUTUP MAJLIS KITA DENGAN BACAAN KAFARATUL MAJLIS DAN SURAH AL-ASR.

SEKIAN, WABILLAHITAUFIQ…WASSALAM…DAN SALAM PERMISI, SALAM, SALAM UKHWAH IKATAN PERPADUAN…
MA’ASALAMAH WA ILLALIQA..
ASSALAMUALAIKUM…


DIJEMPUT YANG BERBAHAGIA,
KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR, POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM U’ADZAM SHAH.
PEGAWAI KEBAJIKAN DAN DISIPLIN POLIMAS,
PEGAWAI2 KANAN, PENYELARAS PROGRAM
KE TEMPAT MENJAMU SELERA.

DENGAN INI IZINKAN SAYA UNTUK MENYAMPAIKAN SERANGKAP PANTUN

TUAN2 DAN PUAN2 SEKALIAN,
BAIK LELAKI MAHUPUN PEREMPUAN,
JANGANLAH MALU, JANGANLAH SEGAN,
MAKANAN YANG TERHIDANG JEMPUTLAH MAKAN.


DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN… 

No comments:

Post a Comment