"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

Sunday 8 June 2014

contoh ucapan wakil pelajar

Ucapan YDP
Himpunan Jentera Awakas Sesi Disember 2013
Yang Dihormati
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………timbalan pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
Yang Berusaha Encik Zainuddin bin Jaafar, ketua jabatan Hal Ehwal Pelajar dan pembangunan Politeknik sultan Abdul Halim Muadzam Shah
Yang berusaha Encik NS Rahim Muda Bin Meh PegawaiHal Ehwal Pelajar dan Pembangunan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
Yang Berusaha Ustaz Izzat Amin bin Mohd Nasir, Pegawai Kebajikan dan displin Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
Yang Berusaha Encik Amirul bin Ismail,Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ,
Barisan Majlis Perwakilan Pelajar  POliteknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Angkatan Wakil Kelas yang dikasihi sekalian.
___________________________________________________________________________
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNya, maka dapat kita bersama-sama pada Himpuana Angkatan Wakil Kelas. Hari ini merupakan hari pertama saya memberi ucapan di perhimpunan sebegini dengan  Angakatan Wakil Kelas  semenjak saya mengangkat sumpah sebagai Yang DiPertua pada bulan December  yang lalu. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil kelas yang sanggup bekorban masa untuk meluangkan masa bersama kami.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Angkatan wakil kelas merupakan keluarga angkat kepada Majlis perwakilan pelajar. Dimana perhubungan itu saling memerlukan antara satu sama lain.Tujuan Angkatan Wakil Kelas ditubuhkan adalah untuk mengasah bakat kepimpinan dalam diri pelajar sebagai pembawa suara masalah pelajar kepada pihak Tertinggi.Angkatan Wakil Kelas  juga,merupakan platform Majlis Perwakilan Pelajar untuk menyelesaikan segala masalah dan rungutan para pelajar. Bukan itu saja,mereka ini jugalah yang akan memberi kerjasama dan komitmen kepada kami dalam segala aspek pengurusan pelajar.
Setiap ahli keluarga Angkatan Wakil kelas  hendaklah bekerja sebagai satu pasukan dan berdisplin serta mempunyai sikap yang positif dalam melaksanakan tugas yang di amanahkan. Yang berdisiplin dan rajin bekerja akan diberi penghargaan dalam pelbagai disiplin. Jikalau kita berfikiran positif, 50%rintangan telah kita atasi, Cuma 50% sahaja perlu kita tangani. Selalunya kita sentiasa berperang dengan minda kita sendiri, memang naluri manusia sentiasa untuk melaksanakan yang terbaik.Suka saya ingatkan, semua wakil kelas perlu memastikan semua urusan berkaitan Pelajar harus diuruskan secara bersistematik supaya selaras dengan kehendak Arahan Pentadbiran dan perintah-perintah am kerajaan,Pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan.Justeru itu saya ingin mengingati sekali lagi setiap Wakil Kelas perlulahberfikiran positif, berdisplin serta bertanggung jawab dan amanah dalam menjalankantugas. Kita sendiri yang memohon jawatan kita di POLIMAS tanpa tekanan dari sesiapa,oleh itu kita mestilah melaksanakan amanah yang diberikan.Pelajar yang cemerlang sentiasa meningkatkan tahap kecekapan, berinovasi,rajin, produktif, berdisiplin dan berintegriti. Hadirin dan hadirat adalah asset terpenting bagi kami .
Jadi, marilah kita bersama-sama meningkatkan kecemerlangan dalam membawa POLIMAS  ke peringkat antarabangsa. Dalam usaha ini kita mestilah membuat perancangan yang berkesan dan responsif kepada kehendak pelajar untuk dipertingkatkan sejajar dengan peredaran semasa. Dalam memastikan kecemerlangan ini dapat diteruskan, Wakil Kelas hendaklah mempunyai pelbagai kemahiran atau “multiple skills‟ supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan berkesan. Ingin saya tegaskan,penambahbaikan atau “value added” perlu ada dalam diri setiap Wakil Kelas agar dapat memenuhi ekspektasi pelajar.
Sekian,saya sudahi ucapan saya dengan Wabilahitaufiq’walhidayah,wasalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

No comments:

Post a Comment