"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

Thursday 12 June 2014

seLfie

Apa salahnya perempuan bergambar?
Salahkah?

Tidak salah.Malah itu adalah naluri seorang wanita.
TAPI boleh yang bagaimana?
Sekiranya bergambar dengan kaum wanita sahaja..Gambar tersebut tidak ditunjuk kepada kaum ajnabi.Tak kisahlah gaya yang bagaimana sekalipun.

Apa yang salah?
Yang salah adalah sekiranya ambil gambar untuk ditatapi orang lain.Sebagai mudah Instagram,Facebook,Wechat dan sebagainya.Lagi-lagi amik gambar dengan orang lelaki

Walaupun kami tutup aurat sekalipun?
Adakah kamu yakin dengan menutup aurat/berpurdah sekalipun lelaki tidak akan memandang kamu jika kamu yang menunjukkannya?Sebab nafsu lelaki hanyalah satu.Pada wanita.

Tapi kan Allah kata Dia melindungi wanita yang menutup aurat dengan sempurna.
Memang Allah berkata demikian sekiranya kamu tidak menunjukkan kepada orang lain apa yang ada pada diri kamu.

Kalau camtu kami keluar pakai camtu kira tak boleh lah sebab lelaki pandang?
Masa kamu keluar tu ada ke kamu lalu depan laki buat peace ke mulut itik or buat cara menggoda?Yang salah adalah bila bergambar sahaja sebab bila bergambar mana ingat dunia..Macam-macam gaya dibuat.

Tapi niat kami lain.Kami bergambar suka-suka.Bukan suruh diorang tengok pun.
Yang kamu letak dalam FB,Insta or macam-macam lagi tu untuk apa?Bukan untuk ditatapi ke?Kalau camtu jangan marah la lelaki yang hisap rokok.Sebab niat dia nak hembus asap tu tempat lain tapi angin yang buat kena kamu.Tak gitu?

Susahlah camtu
Tak susah jika kamu ada iman.Cuba lihat yang LIKE gambar kamu tu.Kebanyakannya lelaki.Yang komen pulak lelaki gatai..Sebab apa gatai?Kalau tak gatai dia takkan komen contohnya "Subhanallah,indah ciptaan Allah"/"Muslimah sejati ni" dan macam-macam lagi.Lelaki yang baik akan menundukkan pandangannya.Setuju?(Rujuk surah An-Nur ayat 30)
Dan disitulah akan timbul penyakit baru dalam diri kamu.Perasaan riak sebab kena puji.Dan sudah tentu kamu upload banyak-banyak lagi.Sebab kena puji ni seronok.Cuba kalau muka kambing,adakah kita akan upload?Sedangkan kambing juga ciptaan Allah yang indah.Memberi banyak faedah kepada kita.Pernah fikir?

Jikalau kamu nak jadi baik maka bermulalah sekarang,kalau kamu kata susah,orang lelaki lagi susah sebab matanya sentiasa berdosa.Lelaki amat susah nak masuk syurga.Kebanyakan yang masuk neraka adalah kerana matanya.Melihat benda yang mungkar.Lelaki ini nafsunya satu sahaja.Jika kamu sayang pada agama sudah tentu kamu tidak mahu kaummu masuk sekali dalam neraka.Kita dua-dua bernafsu.Keimanan yang mampu lawan nafsu kita..(rujuk surah An Nur ayat 31)

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment