"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

Thursday 12 June 2014

[DARAH HAID]

Apa itu darah Haid?- Darah yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari dalam rahimnya (uterus) kerana semulajadi (bukan kerana penyakit atau kerana selepas melahirkan anak).

Berapa jenis warna darah Haid? Ada LIMA :1. Hitam, adalah darah yang lebih kuat dan sangat amis.2. Merah, adalah darah yang kuat dan tidak berbau.3. Merah ke kuning-kuningan, adalah darah yang lemah.4. Kuning, adalah darah yang lebih lemah.5. Keruh, adalah warna yang paling lemah.

Berapa tempoh keluarnya darah Haid?- Paling sedikit perempuan haid 1 hari beserta malamnya (24 jam).- Paling lama 15 hari beserta malamnya. - Dan kebanyakan perempuan haid 6 atau 7 hari beserta malamnya. - Darah yang keluar kurang dari 24 jam atau lebih daripada 15 hari bukan dikatogerikan darah Haid.

Bagaimana nak pastikan darah Haid benar-benar sudah berhenti?- Hendaklah dilakukan pemeriksaan terhadap faraj, iaitu dengan memasukkan cebisan kain, kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesan darah haid atau tidak. Jika tidak ada kesan darah haid sama ada tidak nampak sebarang warna pada kain/kapas tersebut atau nampak warna putih seperti kapur, maka ketika itu barulah diharuskan mandi. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh, tidak harus mandi lagi kerana darah haid belum habis.

Kaedah pemeriksaan di atas diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina 'Aisyah r.a. :"Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu 'Aisyah menjawab, "Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih."[HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik]

No comments:

Post a Comment