"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

Thursday 12 June 2014

BILA LAMBAT DATANG HAID

alam hidup seseorang wanita , tidak datang haid atau kelambatan datang haid pada waktu/tarikh yang biasa keluar haid memang berlaku. Reaksi pertama bagi wanita yang berkahwin dan yang memang mengharap untuk hamil ialah 'Adakah aku hamil?'

Memang benar kehamilan adalah sebab utama tidak datang haid. Oleh itu langkah pertama ialah buat ujian kehamilan dengan menggunakan alat ujian UPT yang boleh dibeli dimana2 kedai farmasi.
Air kencing pertama ketika baru bangun dari tidur perlu diambil dan diuji bila haid sudah lambat 5 hari atau lebih. Malah ada yang boleh sahkan kehamilan dengan ujian UPT lebih awal lagi. Ujian ultrsound scan boleh kesan karung kandungan bila haid sudah lewat seminggu.
Gangguan hormon boleh juga menyebakan lambat datang haid.
Apakah situasi2 yang boleh ganggu hormon?

Paling utama ialah stress fizikal ,emosi dan mental yang dewasa ini banyak melanda kaum wanita. Stress ini mungkin dicetuskan di tempat kerja, sekitar kawan2 , dijalan raya ketika memandu kereta, di rumah sekitaran ahli2 keluarga dan lain2 punca. Hormon stress memang mengganggu hormon subur yang mengawal kitaran haid, menyebabkan kelambatan datang haid.

Gangguan hormon juga boleh dicetuskan dari peningkatan berat badan secara mendadak. Ramai wanita cepat naik berat badan sejurus mereka kahwin. Apabila sudah ada teman, makan pun lebih berselera dan tidak boleh dikawal dan kegemukan memang boleh ganggu hormon menyebabakan kitaran haid terganggu.

Makanan2 'fast dan junk foods' yang sangat popular sekarang juga boleh mengganggu hormon wanita kerana makanan2 tersebut mengadungi banyak bahan pengawet, perisa dan pemanis. Kebanyakkan makanan2 tersebut juga mengandungi banyak carbohaidret dan gula yang mudah menyebabkan kegemokkan/obesity. Jauhkan makanan2 tersebut jika ingin hamil dan gantikan dengan makan lebih buah2 dan sayur2.

Lambat datang haid juga mungkin disebabkan gangguan haid dalam umur 40an iaitu sekitar umur 'perimenopause' , atau putus haid. Bila sampai umur demikian wanita sering tidak subur dan telor tidak menetas/ovulation.
Tiada ovulation bererti tiada pengeluaran hormon progesterone dan keadaan ini mengganggu imbangan hormon yang boleh menyebabkan berbagai jenis gangguan haid termasuk lambat datang haid.

Apa yang ditakuti dalam hal ini ialah kelambatan datang haid yang disebabkan oleh penyakit. Penyakit yang paling sering berlaku ialah 'Polcystic Ovary Syndrome' atau PCOS yang sering juga menyebabkan kemandulan.
Follikular cyst iaitu karung telur yang tidak pecah waktu ovulasi (hari ke14-15) juga boleh menyebabkan tidak datang haid, tapi cyst ini akan pecah dengan sendiri bila sampai saiz 5 cm atau lebih dan kandungan cyst iaitu air akan diserap badan.

Lain2 penyakit termasuklah tumbuhan kanser ovary.Oleh itu sangat penting wanita yang kelewatan atau tidak datang haid untuk buat ultrasound scanning - melalui perut atau vagina untuk mengesan cyst atau tumbuhan yang merbahaya.

No comments:

Post a Comment