"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

Thursday 17 July 2014

itu dulu..............................

dulu aku fikir aku bijak, aku tahu segalanya.
aku fikir aku mengerti segala selok belok politik dunia.
dulu aku fikir aku sudah gila radikal,
aku fikir keagamaan aku sudah siap sedia dibawa kesana.
maaf, rupanya aku masih jahil.

dulu aku pernah terfikir aku tahu apa itu punk, skinhead, metal dan segalanya. demokrasi, anarki, sosialis, marxist, komunis, aku fikir itu hadam semuanya salah,
aku fikir cara hidup aku saja benar, selain dari aku itu salah. salah!
maaf, rupanya aku jahil.

dulu pernah aku fikir, syiah itu hanya mengikut fahaman syaitan, sunni itu dipandu oleh para dewa malaikat,
aku fikir mazhab ini yang penting dalam menjaga kesucian tuhan.
maaf, rupanya aku masih jahil.

dulu pernah ku fikir syariat itu hanya perlakuan zahir membabi buta,
pernah juga aku fikir hakikat itu hanyalah tak lebih dari sebuah angan-angan imaginasi ketuhanan,
rupanya, aku jahil

pernah juga aku fikir insanul kamil dan ahli makrifah itu gila!
pernah sekali aku terfikir tassawuf itu penuh kesesatan.
rupanya, ketika itu aku jahil.

aku pernah juga terfikir tuhan itu dilangit, bersemanyam di arasyi sambil melihat makhluknya dari atas.
dulu juga aku pernah berfikir, kewujudahn tuhan hanya diciptakan oleh manusia yang memerlukanya.
maaf, ketika itu aku masih jahil.

dulu aku pernah terfikir, tuhan itu namanya Allah sahaja, selalin dari itu bukan tuhan.
dulu pernah aku fikir tuhan yang lain itu salah, brahma yahweh ruh kudus itu salah, tetapi juga aku percaya itu tuhan mereka.
baru aku sedar ketika itu aku masih menggangap tuhan itu banyak.
maaf, aku masih jahil.

dulu aku fikir agama itu tak perlu, kerana manusia yang kuat hanya bergantung pada diri sendiri.
dulu pernah aku fikir agama itu hanya candu yang menyekat kebebasan manusia.
maaf, ketika itu aku masih jahil.

pernah juga aku terfikir, agama aku saja yang benar.
tuhan monotheis aku saja ketika itu paling benar.
maaf, ketika itu aku jahil.

sekarang, aku tak tahu apa lagi yang tersisa.
fahamku hanya sebuih yang lebur dirahang ombak laut.
ilhamku hanya sebuah informasi yang korup.
dan aku hanya tahu satu, aku bersaksi hanya seorang jahilliyah dimata penghulu segala pemilik bijaksana

No comments:

Post a Comment