"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

Thursday 17 July 2014

Agama itu Bebas

Aku agak sedih, apabila ramai islamis-islamis yang merasa kepalan tinjunya untuk Islam sibuk melaungkan “musnah Yahudi”, “Israel keparat”, atau yang klise nya aku banyak jumpa komentar-komentar yang berbunyi lebih kurang “ya tuhan selamatkan Palestin, hancurkan Yahudi dan Israel.”.

Aku tak salahkan, aku juga tahu yang mereka pun punya hati merasa sayang dan kasih pada saudara-saudara se-manusia mereka yang tertindas di sana. Aku juga sedih, atas nama peperangan yang tidak sepatutnya berlaku.

Tapi, itu bukan bermakna doa kehancuran itu perlu ditujukan kepada setiap yang berbangsa Yahudi. Yang mencetus peperangan itu adalah kepala-kepala militarism yang didukung oleh golongan-golongan elit kapitalis demi imperialism. Dan hasil dari peperangan itu hanya untuk golongan-golongan atasan, demi menjaga golongan borjuis satu peratus. Ekonomi, geografi, hierarki, kuasa, perhakmilikan, itu adalah antara faktor yang menyumbang kepada peperangan, tidak kulit.

-Dan apabila dikatakan kepada mereka “janganlah engkau melakukan bencana dan kerosakan di muka bumi” mereka menjawab “sesungguhnya kami orang-orang yang hanya melakukan kebaikan”. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.- (al-baqarah: 11-12)

Sungguh! lihatlah sekekeliling. itulah ia.

Jangan di benci Yahudi itu, aku tak percaya setiap manusia di sana sudah ranap humaniti di dada. Jika di renung mamat berkot kopiah rambut tocang dua di tepi, juga engkau akan dapat melihat cinta di dalam diri mereka. Aku yakin, kalau benci itu sudah lerai dari dada.

Jika Muslim, bawalah Salam itu ke setiap penjuru. Jangan hingga mengaku Islam itu kesejahteraan, tetapi hati masih berjuang atas dasar benci. Kerana Salam itu bukan hanya untuk Muslim, salam itu untuk setiap manusia dan setiap perkara.

-Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci.- (al-baqarah: 216)

Sungguh! Agama itu adalah kolektif cinta bersama.

No comments:

Post a Comment